Sunday, July 11, 2010

Apa sudah jadi dengan kita dan bahasa?


Sork, klu Spain cum maen2 camne nk mng? Wat ar betowl2. Klu x mng, tataw nk ckp aperrr!!

Apa sudah jadi dengan kita dan bahasa? Dan saya tidak bercakap tentang kita dengan bahasa Malaysia sahaja.. bahasa Inggeris pun terpalit sama.

Caranya mungkin begini:

1.    1. huru-hara kan perkataan sehingga tidak boleh difahami dengan mudah. Lebih banyak perkataan yang boleh dibinasakan adalah lebih baik. Cth: ittew = itu, jew = jerk (sahaja), wat = buat.

2.    2. Objektifnya ialah untuk menjadikan perkataan itu lebih unik, bukan lebih ringkas. Cth: sork = esok, noe = know, rawks = rocks

3.    3. Lebih banyak titik……adalah lebih baik…. Kerana titik-titik ini menunjukkan personaliti yang lebih matang….. dan menunjukkan yang kita ini sudah bergelar dewasa….. tak begitu?

4.    4. Huruf besar, huruf kecil, koma, titik, titik bertindih… semuanya tidak memainkan peranan dalam satu-satu ayat. Perbanyakkan titik, itulah petuanya.

Dengan ‘kemajuan’ ini adakah bahasa kita akan maju? Is it so wrong to use a proper language?

No comments:

Post a Comment