Showing posts with label Perth. Show all posts
Showing posts with label Perth. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

Ke Pulau Rottnest, Indahnya Dunia Ciptaan Tuhan - Bab 4

Kami pergi Rottnest Island, pulau yang terletak 30 minit daripada bandar Perth dengan menaiki bot laju. MasyaAllah cantiknya. Tengoklah sendiri gambar-gambar yang kami ambil menggunakan Powershot S95. Nak pergi ke sini tambangnya AUD300 untuk tiga orang so kira kira nak dekat RM1000 la juga tapi berbaloi-baloi. 















Last sekali kita pergi main miniature golf yang menyaksikan betapa berbakatnya Tia Sofia.




Ke Perth, Bandar Paling Terpencil di Dunia - Bab 3

Ini percutian keluarga dan kami ke Perth ye.. jadi janganlah mengharapkan apa-apa di luar dugaan. Harini kami bercadang ke Perth Zoo. Tia teruja benar nak ke zoo tengok kawan-kawan dia. Jadi dah tengok map....tak susah nak pergi Zoo, tak jauh pun. Sebelum itu kami bergambar dulu dengan bandar Perth di belakang. 


Posing ala mak datins

Bersama Ford Falcon

Kangarooooooo

Bunga liar

Unique Tortoise

Nama ini buah sosej

Meerkats

Nak masuk Zoo ni bukan murah ye. Rasa saya AUD22 untuk 3 orang,  kira-kira RM75.  Seronok juga tengok binatang-binatang yang sihat-sihat dijaga baik oleh kakitangan Zoo.

Lepas Zoo, kami nak makan satey di restoran orang Malaysia. Somebody recommended this restaurant and my husband memang supportive so kita cari la.. Tak jauh pun rupanya dan sedap masakan mereka. Masalah cuma harga. RM5 untuk secucuk satey dan RM60.8 untuk semangkuk masak lemak cili padi. Motif beli????????? Tapi saya fahamlah sebab satu biji limau nipis berharga RM15. Cekik darah!


Ke Perth, Bandar Paling Terpencil di Dunia - Bab 2

Di Perth ni, saya paling suka pergi Kings Park. Masa saya pergi dua tahun dulu ketika musim bunga, tapi kali ni musim sejuk.. bunga semua tiada... hilang lenyap, tetapi cuaca seindah ini memang mengujakan untuk menjalankan aktiviti bersama keluarga. Tapi sebelum pergi Kings Park, kami singgah dulu bershopping di Harbour Town di Wellington Street. Suami beli baju bersenam, Tia beli jaket Adidas tapi masalahnya harga lebih tinggi berbanding Malaysia so takde beli barang sangat, tak ekonomi. 

Tia kata kalau nak pergi picnic kita kena ada picnic basket, picnic blanket, food, etc. Haha! Tak mungkin nak cari picnic basket kan? Beli beberapa jajan di convenient store bersebelahan dengan hotel cukuplah. Saya paling suka Dare iced coffee... it's like OMG delish! Pilihan saya mesti Double Espresso. Sebelum meninggalkan Harbour Town, kami beli kebab di situ. Janganlah dok tanya halal ke tak... saya pun nak masuk sorga jugak. 


Nak order ambil nombor dulu..


Apasal Malaysia tak jual coffee ni?

Kings Park ini besar, pergi wiki kalau nak tahu ye. Yaya seronok sungguh main dengan papa dia. Main sorok2 belakang pokok (pokok besar-besar) main sorok2 pun tak jumpa. Di ketika ini lah tak nak lepaskan peluang berfotografi. 



 My sweethearts

 Awesome scenery



Lama juga kita spend time di Kings Park ni tapi lama-lama kena beredar juga sebab langit mula mendung. Kalau bunga boleh tumbuh di musim sejuk, Kings Park is definitely THE perfect place for me. Lepas Kings Park balik hotel lepaks dulu dan malam kami pergi jalan-jalan ke Burswood. Rupa-rupanya semua orang Perth datang ke Burswood ni... patutlah takde orang di bandar. Tak jauh lah tempat ni.. dalam 7-10 minit memandu. Burswood ni tempat orang mencari entertainment di waktu malam..ada macam-macam, kira agak seperti Vegas la. Architecture bangunannya pun sama mcm Luxor di Las Vegas. Tapi kami pergi sana minum kopi dan jalan-jalan tengok kedai apa yang buka lagi, Nasib baik kami sampai awal sikit sebab kami adalah pembeli terakhir di kedai kopi di belakang tu. 




Esok kami nak pergi Zoooooooooooo...........

Wednesday, June 22, 2011

Ke Perth, Bandar Paling Terpencil di Dunia - Bab 1

Ini kali kedua saya sampai ke bandar Perth, kali pertama ialah pada tahun 2009. Dulu saya datang masa musim bunga. Kali ini cuaca lebih sejuk sebab kami sampai pada awal bulan Jun, musim sejuk baru bermula. Boleh tahan juga sejuknya sehingga mencecah 8-6 degree celsius. Seronok berjalan dalam sejuk sbb tak payah berpeluh-peluh. Sampai Perth International Airport dalam pukul 5 pagi dan kami terus menyewa kereta. Sebab pagi sangat, banyak kaunter belum buka jadi bila Hertz buka, terus kami sewa tanpa membandingkan harga. Hello... pepagi buta ni apa nak banding-banding harga.. ambil je apa yang ada. Amboi.. elitist gitu. 


Suamiku dengan kereta pinjam kami
Kami diberi Ford Falcon dan peta setebal Yellow Pages. Ambik kau! GPS takde kata dia.. okaylah.. Suami pun kira yakin dengan kebolehan kami berdua lantas berjalan ke kereta dan memulakan perjalanan. Tak pasal-pasal saya kena jadi bidan terjun baca peta..kalau tak tentu sekali kebolehan membaca peta yang ada pada diri ini tidak tercungkil. Tak susah untuk ke bandar dari airport dan hotel kami terletak di Barrack Street, lokasi yang cukup strategik untuk pelancong. Dari hotel kami boleh berjalan kaki sahaja ke Murray Street dan Hay Street yang penuh dengan pusat membeli-belah, walking distance ke Swan Bell dan Swan Lake. Hari pertama tu lepas pusing-pusing bandar, dapat masuk hotel awal sikit. Lepas berehat, kami jalan-jalan di sekitar bandar, beli barang sikit.. makan sikit.. 


Quite pricey kalau nak shopping. Rate @3.25
Hari Kedua kami bertolak ke Scaborough Beach. Destinasi ini tak jauh dari bandar Perth tetapi suasana pantainya sangat indah dengan rumput yang menghijau, pasir pantai yang memutih dan langit yang membiru. Berkelah di sini memang best ... tapi di kala musim sejuk ni janganlah nak cuba skinny dipping.. beku organ badan. Kalau pergi Australia bawa kamera cikai memang tak berbaloi. So.. sebelum invest dalam tiket kapal terbang, invest dalam kamera dulu. 




Selepas Scaborough kami bertolak ke Fremantle, sebuah bandar pelabuhan berdekatan dengan bandar Perth, dalam lebih kurang 20 minit masa memandu. Bila dah sampai sini tentulah nak cuba makanan laut kan? Pekena ketam dan udang. Seronok betul makan dalam kesejukan sambil memerhatikan gelagat burung camar dan orang yang lalu-lalang. Lepas makan, makan gelato pulak, lazat betul makan icecream bila tengah sejuk dan bila malam tahan je lah batuknya..Bandar Fremantle ini tak besar ye.. tetapi saya rasa permandangannya cukup menarik.. ada pasar tani, ada kapal selam, ada taman, ada shopping, ada cappucino street... Saya suka.



Jangan jealous ye...
Setelah seharian di Fremantle, kami balik ke hotel. Masalahnya dengan Australia ni.. kedai tutup seawal 5 petang tapi ada lah restoran halal lebanon yang buka di sekitar hotel. Kalau rajin boleh drive merata-rata sebelum balik hotel dan berehat tengok tv. Kami sewa Medina Executive Barrack Plaza Hotel, memang best sebab boleh masak, ada washing machine, dryer, berbagai. Worth the money la bak kata. Breakfast memang hari-hari masak sendiri sebab mudah. 



Lepas balik dari Fremantle... apa lagi... tidur dengan nyenyaknya sehingga tiba masa nak jalan lagi esok...

Tuesday, April 19, 2011

We We We So Excited For Winter Holidays!

I wanna have a photo with this awesome giant watch in Cottesloe beach.
It sounds weird to talk about winter holidays in spring but because I'm a Malaysian, I'm entitled to. I see and feel sun everyday, so give me a break! Come June, we will be in Perth once again for a mild winter holiday. This year we have to wait for school break to plan for any holidays because Tia is already in REAL school and the first break is nearing. The last time we went to Perth, it was a very short trip, where we ended up in Perth city and Fremantle; this time around we plan to go a bit further. The weather is going to between 18-21C during the day and 9-12 at night, definitely no snow.. maybe we need jackets and shawls at night. 

Shopping is my main itinerary in this trip. I know that Perth is not exactly the place suitable for retail therapy but I am adamant to make Perth Shopping amazing! Can't help it... I'm only a woman. Murray and Hay Streets are definitely in my plan but there's this little town called Subiaco that I'm interested to check out. City of Subiaco is a pleasant little town between Perth and Fremantle, opened by Italians in 1851, resembling a European village. We have to go. Another place is Mount Lawley, which holds fine examples of 1900 to 1950s architecture, great for photos. Btw, I have bought 2 large size photobooks for the trip.  It's gonna be awesome...!

And we don't think beach is good in winter but again the temperature is not going to be THAT cold, right? Cottesloe Beach is a must see destination. 15 mins away from Perth city by car, I will take a lot of great photos over there. Australian skies are amazingly beautiful! Cottesloe is one of the best places to watch the sun set into the Indian Ocean. Another not to be missed destination is the Penguin Island, just off the coast of Perth but it's open until June.. not sure early or late June. Reviews say that you can see a lot of wild animals roam free and that kinda scare me. See how leh....
And last but not least is food!!!!!!! I wanna eat seafood in Fremantle! Crawfishs, crabs, fish, prawns, lobsters.. oh em jeeee.....cepatlah june!

Then in December, we are planning to go to London to celebrate my husband's 40th and my kiddo's 7th birthday. So elitists! Haha! Both of them have never experienced snow and this trip will definitely accomplish that. We haven't decided on the itinerary yet but Christmas is around the corner... so London is gonna be gorgeous kan!