Tuesday, May 24, 2011

Nur Kasih The Movie: The Review



Dengan kuasa hebat yang ada pada saya, saya telah berjaya mengajak tiga rakan tidak sebangsa untuk menonton filem Nur Kasih the Movie di panggung bersama-sama. Ini kira macam kerja kemasyarakatanlah dan bertunjangkan semangat Satu Malaysia. Clap! Clap! Clap! Tiada seorang pun daripada kami pernah menonton siri TV Nur Kasih jadi kesemua kami berada dalam kegelapan tentang apa yang akan terjadi dalam movie ini nanti. Suami saya ada prep sikit tentang cerita Nur Kasih ni dan sebanyak itu lah yang dikongsikan bersama kawan-kawan satu pejabat ni. 

Tepat pukul tujuh, keempat-empat kami masuk ke dalam panggung tanpa berbekalkan bertih jagung atau air soda coca cola sebab dah kekenyangan makan nasi di Restoran Assam House. Ada sedikit menyesal juga sebab bertih jagung GSC sedap. Masuk-masuk sahaja kami disajikan dengan promo-promo akan datang cerita Melayu di pawagam. Lantas keluarlah Karak, Toyol Nakal dan 321 Cinta. Ketika promo Karak ditayangkan, kawan-kawan bukan sebangsa ketawa berdekah-dekah sebab menyangka ianya cerita komedi. Aduh! Kemudian Toyol Nakal pula muncul dan terus memalukan saya dengan membawa zaman 80an bersama-sama dengan Mr Os kembali ke pawagam. Dalam benak ada terfikir bahawa orang Melayu memang berani sebab buang duit tak tentu pasal. Ok.. cukuplah tentang itu. 

Berbalik kepada Nur Kasih The Movie. Saya tak nak buat ulasan macam orang lain buat sebab tentu sahaja lebih kurang sama. Jadi saya nak buat dalam format Soalan dan Jawapan. 

1. Apa yang saya harapkan tetapi tidak terjadi? 
Menangis selepas movie start lima minit.

2. Apa yang menarik sangat tentang Nur Kasih the Movie? 
Jalan cerita yang mantap dan cinematografi yang indah.

3. Apa yang membuat saya ketawa? 
Dalam babak kereta api meletup, ada orang Jordan yang berlari dengan serban terbakar. 

4. Apa yang boleh dibuat dengan lebih baik? 
Sepatutnya ada sedikit tension di antara Nur dengan Aidil... mcm ada sedikit lagi chemistry terhalang, barulah parah... at least on Aidil's part sebab dia dah duda. 

5. Scene mana yang buat saya menangis? 
Ketika ibu Adam bercakap dengan Adam di hospital tentang tanggungjawab ibu terhadap anak. 

6. Apa yang buat saya sakit hati atau irri (kata orang muda)? 
Ketika Adam nak pergi cari a pin in a stack of hay. Motif? 

7. Apa scene yang ada sedikit tak logik? 
Kenapa Nur boleh lukis gambar budak kecik pakai serban tu dengan begitu detail sekali. Ke saya ada terlepas mana-mana related scene?   

8. Apa scene yang sedikit menakutkan dan menimbulkan tanda tanya? 
Tangan orang tua yang keluar dalam scene-scene tertentu 

9. Apa scene yang membuat saya suka? 
Ketika mereka dapat berita gembira dan si suami buat kerja-kerja dapur. 

10. Apa elemen negatif yang ada dalam filem ini? 
Sadis sikit. kemalangan demi kemalangan demi kemalangan. 

11. Apa elemen positif yang ada dalam Nur Kasih the movie? 
Hidup mati di tangan Tuhan. Kesungguhan akan membuahkan hasil. Pengorbanan itu perlu tetapi mungkin bukan dengan kerelaan hati. Dan mati itu pasti. 

12. Dialog yang buat saya rasa nak jumpa pengarah 
"Nur takut  abang terbabas kalau Nur beritahu abang yang Nur mengandung"... laaaa, itu namanya cari pasal. Kalau takut.. tunggulah sampai berhenti kereta dulu ye. 

13. Dialog yang buat saya sebak 
"Ibu akan sentiasa memaafkan kesilapan anaknya... itu tanggungjawab"... something like that lah.

14. Watak sampingan yang menghiburkan. 
Budak Jordan pakai aviator dan anak perempuan Aidil yang keletah. 

15. Watak sampingan yang begitu berlakon sekali. 
Mamat-mamat Jordan yang kena tembak dalam adegan slow motion. 

16. Apa yang memelikkan? 
Kenapa anak Aidil lebih handsome daripada anak Adam dan Nur? 

17. Ada satu lagi yang buat saya pelik. 
Kenapa Nur kelihatan lebih tua daripada Aidil dan Aidil tua kelihatan lebih tinggi dan kacak daripada Aidil muda?

18. Filem ini mengingatkan saya cerita apa? 
The Notebook 

19. Adakah cerita Nur Kasih The Movie perlu ditonton? 
Sudah tentu kerana penceritaannya bagus, pengajarannya banyak dan boleh membersihkan mata. 

 20. Berapa bintang daripada saya? **** 4 bintang. 
Sekian, terima kasih. 

3 comments:

  1. no 8 tu tgn org tua tu nuramina masa tua..sbnrnya crita ni flashback ke apa?

    satu lagi aku x puashati cara adam mati tu..lepas tu pulak adam tu apsal masa tua x hensem?

    ReplyDelete
  2. cerita ini narration oleh Aidil (tua) tentang diari yang ditulis oleh Adam tentang kisah cinta dia dengan Nur Amina. That;s why suara Rahim Razali from the beginning. Kalau kau tengok The Notebook, you would understand.

    Adam mati tengah duduk... abi kau nak dia mati camana?

    ReplyDelete
  3. mati cam biasa je la..x yah la telentuk gitu

    ReplyDelete