Monday, May 30, 2011

Kenapa Tiba-Tiba Dah Nak Sampai 37?

Macamana boleh sampai sini cepat benar? Badan tak rasa 37, minda tak rasa 37, hati tak rasa 37… tapi dalam pada masa yang sama aku tahu bahawa masa tidak pernah menipu. Aku takdelah rasa takut untuk menghampiri angka 40 tetapi aku betul-betul rasa yang masa bergerak seperti keretapi EuroStar. Baru rasanya aku lahirkan Tia, sekarang dia dah darjah satu, dah pergi sekolah sendiri, dah pandai macam-macam. Sepanjang aku hidup ini, ada lah beberapa penyesalan yang aku rekodkan, tapi rasanya tak guna nak bercakap mengenainya. Apa yang tidak baik kita jadikan pengajaran hidup. Yang baik disimpan sebagai memori indah bekalan hari tua. Period. Namun begitu, pasti ada beberapa pengalaman hidup yang mengajar aku untuk mengenal diri sendiri dan persekitaran. 

Pada tahun 2009, hati ini beriya sangat nak satu lagi baby walaupun pada principalnya kami dah bersetuju untuk cukup dengan satu. Dengan kuasa Tuhan, aku mengandung. Ketika melihat home pregnancy test stick menunjukkan dua garisan, aku terduduk dan menangis, perasaan bercampur aduk. Suami tergamam lantas tidak tahu bagaimana untuk bereaksi. Dan sepanjang mengandung, macam ada sesuatu yang tak kena. Tiba bulan ketiga, kami pergi buat pemeriksaan, dan ketika doctor imbas perut, kami diberitahu hanya uterus sahaja membesar, baby tidak membesar. Ketika itu airmata jatuh di pipi tetapi dalam pada masa yang sama terdapat sedikit kelegaan di hati. Mungkin insiden ini bertujuan untuk mengajar aku tentang diri aku sendiri. Tuhan Maha Kaya, dia tahu apa yang kita tidak tahu dan aku ambil kisah ini sebagai pengajaran. 

Beberapa bulan selepas mak meninggal dunia, aku diserang penyakit asma. Sesuatu yang aku tak pernah ada dan aku tak pernah rasa. Mula-mula batuk sikit-sikit, kemudian berkahak dengan teruk, kemudian leher berbunyi, kemudian diikuti dengan tidak boleh tidur kerana setiap kali nak tidur, leher akan mengeluarkan lendir. Aku berjumpa doctor dan doctor memberi 3 cara untuk mengawal asma. Pertama, jangan ambil coklat dan apa-apa yang berkaitan dengan coklat sebagai contohnya air Milo. Kedua, jangan ambil buah-buahan citrus. Ketiga, panaskan air, letak setitik dua minyak cap kapak dan hidu sampai kahak tanggal dari leher. Di ketika diberitahu doctor tentang ini, aku belajar. Ketika mak dihidapi penyakit asma, kami tidak faham apa yang dirasainya lantas tidak mengambil perhatian atau cuba untuk mencari penyelesaian. Pada pendapat aku di ketika itu, mak dah ada ubat dan ubat akan menyelesaikan masalah. Apa yg aku gagal untuk beri ialah perhatian. Kalau aku buat study lebih sedikit, pasti aku dapat kurangkan sengsara mak. Tapi nasi sudah menjadi bubur dan aku mengambil insiden ini sebagai satu babak pendek dalam kehidupan arwah mak yang Tuhan beri aku rasa. Mak selalu cakap “Kau tak rasa, kau tak tahu.” Dan aku rasa aku dibayar tunai di sini. 

Suami selalu berpesan, buat apa-apa biar ikhlas dan insyaallah satu hari ini jika kita layak mendapat ganjarannya, hari itu akan datang juga. Mula-mula dulu suka juga complain bila balik kerja…. Kerja banyaklah, gaji tak cukuplah, tak adil lah… aku rasa aku bagus lah.. apalah. Tetapi kita selalu tidak nampak apa yang orang lain nampak dan perhatikan. Bila tiba masanya, rezeki itu jika hak kita, kita ada dapat juga. The right thing to do is to do the right things. 

Macamana aku boleh sampai 37 cepat sangat? Teringat lagi zaman kanak-kanak aku habiskan di atas pokok ciku yang tinggi itu. Masih ternampak rumah lama yang penuh dengan memori suka duka. Kemudian bila diri semakin dewasa, aku mula hidup berjauhan dari keluarga. Aku melayari kehidupan yang penuh dengan gelora. Tahun demi tahun berlalu dan rasanya sekejap sahaja aku sudah mencecah 37 dan 3 tahun lagi nak memasuki era baru yang lebih mencabar. 

Aku bersyukur kepada Allah swt kerana dikurniakan sebuah keluarga yang bahagia, suami yang penyayang dan bertimbangrasa, anak yang bijak dan patuh kepada ibu bapa. Apa lagi yang aku nak capai dalam hidup ini? Kalau orang lain ada target untuk earn more money, aku takde target begitu. Apa yang aku impikan ialah kehidupan yang aman dan dipenuhi dengan kasih sayang daripada insan-insan yang dekat di hati ini. Buat masa ini fokus hidup aku ialah untuk membina kehidupan Tia agar menjadi kehidupan yang penuh bermakna dan agar dia menjadi seorang yang boleh berbakti kepada dunia. She’s my world and my life now. While age is a just a number, it’s a number filled with a lot of memories.

P/S: Sekarang aku masih 36 tahun, 10 bulan

3 comments:

  1. baru je rasa pegi jual ciku sama-sama kan? kah kah kah

    ReplyDelete
  2. happy 36 and stay young like now forever! ❤

    Tame

    ReplyDelete
  3. naik basikal kayuh slow2 dengan harapan orang nampak aku dan nak beli ciku yang aku bawa... haha.. strategy baik punya.

    ReplyDelete