Boleh dikatakan hampir setiap hari di dalam Facebook ada cerita tentang makanan halal yang diragui status halalnya. Memanglah sebagai seorang muslim, kita kena ambil tahu tentang makanan yang kita dan keluarga makan. Namun begitu, sebagai seorang muslim juga kita tidak boleh menghukum membabi-buta sesuatu perniagaan hanya kerana ada beberapa orang yang kurang bertanggungjawab menyebarkan tentang ketidakhalalan sesuatu makanan berdasarkan sesuatu fakta yang belum jelas kesahihannya.
Bukan senang nak bina perniagaan dan semestinya di Malaysia ini untuk menjual barangan makanan kepada muslim harus ada tanda halal yang disahkan JAKIM. Setelah bertahun-tahun membina perniagaan, tak mungkin hanya kerana satu khabar angin, semuanya lingkup.
Saya beri contoh baru-baru ini di mana rakan saya posted cerita tentang ketidakhalalan Milo dan Sardin Cap Ayam. Cerita itu ditulis di dalam Note dan akhirnya ada satu link yang dipaut. Malangnya, ramai yang membaca dari mula sampai habis cerita itu tetapi tidak membuka pautan yang dilampirkan lantas tidak tahu bahawa pautan itu menidakkan semua tuduhan yang dibuat. Kata tuduhan itu, dalam MILO ada cacing, dalam Sardin ada katak.
Betul-betul tak guna siapa yang mengeluarkan tuduhan yang tidak bermanfaat itu. Saya memang tidak akan mempercayai apa-apa sehingga pihak berwajib mengeluarkan kenyataan rasmi tentang tuduhan itu. Malangnya ramai di luar sana yang terus-terus mempercayai kerana takut dapat dosa. Gila ke Nestle nak letak cacing dalam Milo yang diminum oleh berjuta pembeli? Gila ke? Sardin kan ikan.. kenapa nak campur katak? Ada akal, fikir sikit. Jangan buta-buta percaya dan menyampaikan berita tidak betul ini kepada ramai orang. Ini berdosa.
Terbaru, Secret Recipe dikatakan telah mengeluarkan kek tidak halal kerana ada bahan yang mengandungi enzim khinzir. Aduh.... tuduhan berat sekali. Secret Recipe menidakkan tuduhan ini. Sila baca sini lah.. senang cerita.
Persoalannya... siapa punya kerja yang ingin merosakkan nama perniagaan orang. Janganlah berhasad dengki, berdosa. Kita cerita tentang halal haram makanan... bagaimana dengan halal haram perbuatan.
Kongsi sikit pengalaman saya di Amerika dulu. Saya suka makan coklat... jadi saya beli coklat yang saya suka selepas memastikan bahawa tiada bahan yang tidak halal di dalamnya. Senarai saya rasanya ada dalam 20 jenis bahan yang perlu diambil perhatian. Kemudian, datang seorang hamba Allah ini dengan senarai lebih 100 jenis bahan yang perlu diambil perhatian dan coklat saya telah diperiksa seperti nak dapat sijil Halal Jakim. Verdict: Tak boleh makan sbb ada pewarna jenis XHLL. Moral of the story... kalau nak cari sampai begitu detail sekali... apa kata kita pergi tanya nyonya jual sayur, baja dia datang dari punggung binatang mana? Apa kata kita pergi jumpa penternak lembu dan tanya dia rumput dia dapat dari mana. Berpada-padalah kalau ye pun.
Bukankah Islam itu sendiri ialah satu cara hidup yang sering menerapkan nilai-nilai kesederhanaan. Sebelum menyebarkan apa-apa jua perkara atau berita, periksa kesahihannya dulu.
No comments:
Post a Comment