Tuesday, May 31, 2011

Kerja... kerja... kerja...

Orang selalu mengeluh pasal kerja tapi happy kalau dapat gaji. Betul tak? Ceritanya begini.... pernah dengar "cause and effect". Cause=kerja, effect=gaji. Semua yang bekerja mahukan kenaikan gaji tinggi tetapi ramai yang kurang menilai dari segi sumbangan anda kepada syarikat. Cause=malas kerja, effect= kenaikan kurang. Tetapi kalau cause=kerja kuat, idea banyak, bawa bisnes banyak, effect= kenaikan mendatar, ini adalah masalah di luar tabii yang memerlukan pertemuan muka-ke-muka dengan pengurus sumber manusia atau big boss. Tetapi secara pukul ratanya, apa yang dinilai oleh syarikat akan dizahirkan pada kenaikan dan lain-lain perks tambahan. 

Masalah dengan ramai orang yang bekerja ialah, bila disuruh dia kerja atau cara bekerjanya ditegur, dia akan bengang benar, seolah-olah kita suruh dia kerja suka-suka, tak perlu membayar gaji. Kalau begitu, namanya ialah perhambaan yang sekarang ni mungkin tak wujud lagi di dunia ni. Sebagai contoh, seorang driver disuruh membawa sekumpulan pekerja pergi ke suatu tempat pada ketika trafik tengah sesak. Kalau driver itu mendengus... apa nilai dia sebagai seorang driver jika tidak mahu memandu? Satu contoh lagi, seorang designer diarahkan untuk membuat satu rekaan.... dan designer ini di kala lunch break berleter yang boss suruh dia buat rekaan ini. Motif? Kalau boss suruh designer bawa kereta, tak ke haru?  Jika pekerja ditegur, ini bermakna pengurusan mahukan improvement atau pengurusan melihat diri anda mempunyai potensi yang belum diterokai. Ini tidak, kalau ditegur melentingnya kalah lastik buatan tangan. Tarik nafas, relaks... kalau pengurusan tidak hirau tentang anda... teguran tidak akan datang. Bak kata orang lama, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan pekerja tegur-tegurkan. 

Ramai pekerja yang hanya bekerja -- membuat apa disuruh, tidak berani untuk menjangkau apa yang boss suruh, sebabnya takut kena marah. Saya merasakan jika hendak pergi jauh dalam kareer, keberanian itu penting. Keberanian untuk membuktikan yang kita mampu melakukan lebih daripada apa yang dijangka. Berani untuk beri pendapat, berani untuk membuat sesuatu yang bermanfaat kepada syarikat, berani untuk mencadangkan sesuatu, berani untuk berfikir di luar kotak. Bosses selalunya suka dengan idea-idea baru yang boleh memajukan syarikat atau memperbaiki cara operasi syarikat. Tidak perlulah memikirkan idea yang gah-gah... kecil-kecil pun okay asalkan tujuannya untuk membangunkan syarikat. Boss saya cetak secekak borang warna pink untuk mencetuskan budaya memberi pendapat ini. Kata dia, siapa beri pendapat, dia beri RM50 satu pendapat. Dah 3 bulan tunggu, satu pendapat pun tak dapat. Kenapa? Bukan kita suruh cadangkan projek jutaan ringgit. Saya rasa kalau saya diberi peluang itu, satu bulan saya bawa balik lebih RM300 mudah-mudah. Masalahnya tawaran ini diberikan kepada jabatan Inventory & Logistics sahaja, takkan COO pun nak join...kan? 

Lagi satu perkara yang saya perhatikan ialah, kurang hormat kepada pekerjaan anda. Have some respect for the job. Sebagai contoh, anda terlibat dengan sales dan orang telefon bertanya tentang produk anda. Adakah anda akan memberi maklumat secukupnya atau melayan suam-suam kuku sahaja? Jika anda berkhidmat dengan marketing, apabila produk baru mahu dilancarkan, bagaimanakah perasaan anda? Adakah anda teruja atau anda merasakan ini satu beban. Jika anda seorang pekerja teknikal.. selagi anda tidak berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi client anda, anda tidak menghormati kerjaya yang anda pegang. 

Prinsip saya, buat kerja dengan bijak dan ikhlas, ganjaran akan menyusul sooner or later. Jika hati sudah tawar, cari kerja lain sahaja.. tak gitu? 

No comments:

Post a Comment