Thursday, June 30, 2011

Ke Perth, Bandar Paling Terpencil di Dunia - Bab 2

Di Perth ni, saya paling suka pergi Kings Park. Masa saya pergi dua tahun dulu ketika musim bunga, tapi kali ni musim sejuk.. bunga semua tiada... hilang lenyap, tetapi cuaca seindah ini memang mengujakan untuk menjalankan aktiviti bersama keluarga. Tapi sebelum pergi Kings Park, kami singgah dulu bershopping di Harbour Town di Wellington Street. Suami beli baju bersenam, Tia beli jaket Adidas tapi masalahnya harga lebih tinggi berbanding Malaysia so takde beli barang sangat, tak ekonomi. 

Tia kata kalau nak pergi picnic kita kena ada picnic basket, picnic blanket, food, etc. Haha! Tak mungkin nak cari picnic basket kan? Beli beberapa jajan di convenient store bersebelahan dengan hotel cukuplah. Saya paling suka Dare iced coffee... it's like OMG delish! Pilihan saya mesti Double Espresso. Sebelum meninggalkan Harbour Town, kami beli kebab di situ. Janganlah dok tanya halal ke tak... saya pun nak masuk sorga jugak. 


Nak order ambil nombor dulu..


Apasal Malaysia tak jual coffee ni?

Kings Park ini besar, pergi wiki kalau nak tahu ye. Yaya seronok sungguh main dengan papa dia. Main sorok2 belakang pokok (pokok besar-besar) main sorok2 pun tak jumpa. Di ketika ini lah tak nak lepaskan peluang berfotografi. 



 My sweethearts

 Awesome scenery



Lama juga kita spend time di Kings Park ni tapi lama-lama kena beredar juga sebab langit mula mendung. Kalau bunga boleh tumbuh di musim sejuk, Kings Park is definitely THE perfect place for me. Lepas Kings Park balik hotel lepaks dulu dan malam kami pergi jalan-jalan ke Burswood. Rupa-rupanya semua orang Perth datang ke Burswood ni... patutlah takde orang di bandar. Tak jauh lah tempat ni.. dalam 7-10 minit memandu. Burswood ni tempat orang mencari entertainment di waktu malam..ada macam-macam, kira agak seperti Vegas la. Architecture bangunannya pun sama mcm Luxor di Las Vegas. Tapi kami pergi sana minum kopi dan jalan-jalan tengok kedai apa yang buka lagi, Nasib baik kami sampai awal sikit sebab kami adalah pembeli terakhir di kedai kopi di belakang tu. 




Esok kami nak pergi Zoooooooooooo...........

No comments:

Post a Comment