Monday, August 8, 2011

Nostalgia Bulan Ramadhan

Diam tak diam (hehe.. cliche je pembuka cerita) dah seminggu kita berpuasa. Ting tong sikit kepala sebab hari-hari bangun pukul 430 pagi masak sahur, lepas tu tidur balik pukul 530, lepas tu bangun balik pukul 630 anak nak pergi sekolah, pastu tidur balik sekejap, then bangun lagi pukul 820 pergi kerja sampai pukul 5..... ting tong sampai petang. Tapi semuanya aku redha. Hari-hari masak sahur okay!!! Jangan ingat nak hidang semula makanan berbuka, tak mainlah macam tu...semua masak panas untuk sahur. Kau ade? Tia pun bersemangat bulan-bulan puasa ni, tak susah kejut untuk bersahur tapi setakat ni hanya lepas satu hari puasa penuh. Yang lain tu separuh hari atau sampai pukul 3 atau 4, yang mana dia berkenan le. Kecil lagi tak mau paksa2. Asalkan kita dapat buat dia teruja dengan puasa, kira kami dahlah capai objektif Ramadhan kali ini. 

Wa takde le pemalas sampai goreng telur je bersahur.. hehehe... 
Time-time bulan puasa ni terkenang cerita masa kecil-kecil dulu. Teruja tu memang le sebab bulan puasa, risau pun risau juga sebab banyak dugaan kalau berpuasa di kampung. Pergi sekolah jalan kaki hari-hari. Kalau balik sekolah tu matahari tegak atas kepala... then kena siap2 pergi sekolah agama pulak yang jaraknya lebih kurang 750 meter dari rumah, Puasa bang... penat. Dah tu, setiap kali bulan puasa, mestilah lepas tu raya kan? Arwah mak memang suka nak tukar cat rumah sempena menjelang Aidilfitri jadi kami le tukang mengecat rumah. Umur dalam 9-10 tahun.... dah lah berpuasa, lagi nak kena cat rumah, haru betul. Kadang2 bila dah tak tahan tu ada juga teguk air paip dari dalam bilik air. Mengelat? Penat lah!!! Mana tahan.. tahu tak rumah Melayu limas berapa besar... pengsan nak cat semua! Arwah bukan guna positif reinforcement ke apa ke.... kalau kata.. lepas cat rumah dapat RM5 sehari best juga. Haha! Rindu arwah mak... masa-masa macam dia yang excited nak siapkan barang-barang untuk raya.

Bila dah nak raya tu.. kakak-kakak aku mula la buat kuih mcm ada pertandingan Kuih Terbanyak di Kampung Paya Rumput. 10 jenis kira mcm takde effort laaaa, kira mcm keluarga jenis malas la senang cakap. kurang-kurang 15 jenis yo! Dari subuh ke petang bawa ke malam, asyiklah buat kuih, lepas tu susun kuih atas para. Kira mcm paling awesome tengok kuih beraneka jenis dalam balang jernih. Kuih yang sering tersenarai dan tidak dianaktirikan termasuklah Kuih Tat Nenas, Kuih Siput, Kuih Dahlia, Kuih Goyang atau juga dikenali dengan Kuih Ros, Kuih Semprit, Kuih Makmur, Kuih Gunting, Kuih Kapet dan sebagainya. Buat kuih ni bukan sikit2.. kira dalam skala sekilo dua juga la. Dan yang bestnya.. semua kuih itu akan habis dimakan. Siapa le tukang makan eh? :)

Kuih paling senang nak buat jadi sedap
Puasa di kampung lain dengan puasa di bandar. Mana ada pasar ramadhan nak pergi cari makanan, kalau ada pun takkan nak belanja hari2. Formula arwah mak, kalau buat sendiri lagi muai dan sedap. A very good formula untuk orang berkeluarga besar. Jadi bila tiba nak berbuka tu penuhlah atas meja dengan mcm2 juadah. Yang best, air mesti ada dua jenis.. yang sejuk dan yang panas. Kuih pun boleh tahan juga, semua buat sendiri. Orang bandar banyak mengelat. Semua beli. Puasa pun banyak mengelat, duduk atas kerusi empuk sepanjang hari di tiup angin aircond sepoi2 bahasa. Haha... termasuklah yang empunya diri. 

Sekarang ni teruja tengok Tia dah cuba-cuba nak puasa dan dah mula excited bila nak raya. Now, it's all about her. Lagi 3 minggu nak Aidilfitri... nak buat kuih apa eh? Sajes la sikit!

1 comment:

  1. miss kuih raya nenek yg susun atas para tuh..
    >.< suka kuih dam..

    ReplyDelete