Bulan Ramadhan kali ni kami sekeluarga busy betul. Tiap-tiap minggu ada je aktiviti yang dibuatnya. Minggu sebelumnya berjimba di Melaka untuk pekena ikan bakar, minggu lepas kami terbang ke Kuala Terengganu. Apa pasal pergi Terengganu? Alkisahnya, cik Abang pergi tempah tiket bulan November tahun lepas.. tetapi cik abang tak perasan bulan Ogos ialah bulan puasa. Dah alang-alang tempah, mestilah kami pergi! Kami terbang hari Jumaat malam dan sampai ke Kuala Terengganu dalam masa 50 min sahaja. Penempatan yang kami tempah boleh tahan menariknya. Ri-Yaz Heritage Marina Resorts & Spa di Pulau Duyong ni tempat mat saleh duduk kata pakcik teksi. Kalau tengok published rates memang terbeliak mata, tapi banyak internet deals yang boleh memberikan kita diskaun hebat, pandai-pandai cari ye. Sesampainya kami di airport, kami ambil teksi dengan tambang berharga RM25 dan pemandunya ada impian untuk membawa kereta di litar F1, Sepang. Kenapalah laju benar pokcik, ngeri saya!
|
Bilik kami di tingkat atas, Tia suka benar melepak di luar sambil bermain iPad. Relaxing kata dia. |
Interesting juga nak tahu macamana pihak hotel menyediakan makanan sahur. Rupanya, tiffin dihantar ke bilik tepat pada pukul 430 pagi. Dengan alunan lagu-lagu retro dari Sinar FM, kami pun bersahur tanpa perlu membuka mata. Lauk-lauknya simple je tapi cukuplah..
|
Sedap le rendang daging tu.. daging lembut betul! |
Hari esoknya, kami pun mulalah merancang nak membeli-belah. Nota tambahan: Kalau setakat bawa RM500.. takde dapat apa di sini. Destinasi utama: Pasar Payang. Teksi: RM20. Macam rusa masuk kampung kami bertiga sebab tak tahu peta Pasar Payang. Tingkat bawah jual bermacam barangan dapur, kuih muih dan keropok kerepek. Tingkat atas jual baju. Tentu sekali saya bergerak ke tingkat atas dengan laju sekali.
|
Ikan tamban paling sedap kata orang kedai tu. Belum goreng lagi so tak boleh nak confirm |
Setibanya di tingkat atas, maka mata saya menjadi kabur kerana terlalu banyak pilihan kain. Nama macam-macam, sutera crape yang pelbagai, mahal murah, ada batu takde batu, lukis tangan lukis digital, lengkap semua ada. Yang penting.. duit kena banyak sebab harga tak murah. Memanglah boleh dapat murah berbanding di Kuala Lumpur tapi masih lagi berada di paras mahal. Batik sutera crape digital dijual dengan harga paling murah RM190. Harga yang ditampal di atas kain itu ialah RM450. Kalau tak pandai tawar menawar, minta maaf le. Kalau batik lukis paling murah RM250. Kalau nak yang lebih mahal tentulah ada. Cik abang membeli kain sampin satu. Di Kuala Lumpur saya tanya harganya mencecah RM1000, di Terengganu ni dapat potongan yang cukup baik. Kain batik basahan, kain pelikat, baju kaftan.. banyak benar pilihan. Banyak juga lah kira kami berbelanja di Pasar Payang ni tetapi kualitinya berbaloi.
|
Hanya Jauhari yang mengenal Manikam, saya hanya kenal sutera crape. Grade dan Jenis saya tak faham. |
Masalahnya timbul apabila selesai bershopping. Nak cari teksi punyalah payah. Jalan pusing-pusing pun tak nampak kelibat teksi. Last-last tanya pakcik jaga parking Pasar Payang tu. Rupanya kena jalan sikit, baru boleh dapat. Kami lalu di depan Bazar Warisan yang dibina untuk membawa crowd dari Pasar Payang ke bangunan yang lebih baik. Nampaknya belum berjaya objektif tu ye. Saya perhatikan Bazar Warisan ni macam bangunan tak siap je. Banyak lagi perincian yang perlu diperhalusi, dan kelihatan material yang digunakan tidak begitu baik. Belum siap sepenuhnya dah nampak usang, dan sampah-sarap yang dibuang merata-rata tidak membantu menaikkan imej tempat ini. Waterfront pun begitu, kawasan disediakan tetapi sampah-sarap merata-rata. Di mana kesedaran rakyat tentang kebersihan, saya pun tidak tahu. Apalah yang susahnya nak buang sampah di tong sampah? Sampai ke hotel, kami berehat dan berbuka di hotel itu sahaja dengan harapan ada nasi kerabu dan nasi dagang. Abang tension sebab pergi Terengganu tak jumpa nasi dagang!
|
Bangunan Pasar Warisan |
Keesokkan harinya kami menyewa kereta Alza dengan harga RM150. Ambil pukul 1100 - Pulang dalam pukul 830 malam. Dengan menggunakan Maps dalam iPad, dengan mudahnya kami cari jalan. Destinasi: Masjid Kristal dan Taman Tamadun. Masjid Kristal ni bagi saya nampak unik sekali tetapi sekali lagi bahan buatannya macam ada yang tak kena. Dari jauh nampak gah betul, dari dekat perasaan saya tidak begitu. Mungkin kerana saya cranky sebab panas terik. Lepas snap, snap, snap.. kami pun bertolak ke Taman Tamadun dan banner yang memberitahu Taman itu tutup sepanjang bulan puasa menanti kami. What a bummer!
Untuk bunuh masa, kami pun jalan-jalan sekitar bandar. Jumpa kedai keropok losong, berhenti beli 10 batang, sebatang RM1 je. Pergi Pasar Payang sekali lagi untuk membeli keropok and such. Saya cuba juga Google tapi takde tempat yang menarik sangat untuk dikunjungi. Setelah pusing-pusing di Pantai Batu Buruk dan takde tempat nak pergi, kami ambil bilik di tepi pantai sambil menunggu masa untuk berbuka. Berhampiran ada pasar malam, so apa lagi.. misi mencari nasi dagang dan nasi kerabu diteruskan. Abang jumpa Nasi Dagang sedap yang dijual orang seorang pakcik veteran, saya pun syok dengan Nasi Kerabu banyak lauk. Tia makan Nasi Goreng Pattaya tak pedas. Tapi yang paling saya suka ialah jeruk bawang putih sebagai ulam nasi kerabu. Delish!
Lepas makan, kami bergegas ke airport untuk berlepas ke Kuala Lumpur. What an experience! Untuk kembali ke Terengganu, mungkin lama lagi kot. :)
Assalamualaikum sis...
ReplyDeleteBerminat dengan sutera?
Sila like page
FB : TSUKI MOON SHOP
INSTAGRAM : TSUKI MOON SHOP
EMAIL : TSUKIMOONBULAN@GMAIL.COM
SMS/WHATSAPP : 017-6052330
THANKS.