Saturday, September 25, 2010
Dah Malas Nak Cakap English
Harini dah masuk seminggu merayau kat Istanbul Turkey. Mula-mula sampai kira macam bengang juga sebab cuaca panas betul, jalan-jalan ketiak berpeluh (paling benci). Pakai Rexona pun tak guna! Dah lah pandai sangat tak mintak hotel map, ingat kepala ada install GPS ke? Padan muka jalan tak tentu hala, konon-konon nak cari laut, akhirnya laut memang jumpa tapi selepas kaki bergetar macam kena Parkinson. Punya ramai melaut orang kat Istanbul ni... kalau ada jala tebau dari atas, memang lumayan tangkapan. Setakat Kuala Lumpur.. celah gigi Istanbul je.
Apa yang menarik di bandar yang dikenali sebagai Constantinople ni? Macam jakun jugalah masa mula-mula nampak persisiran Sungai Bophorus tu. Mana taknya.. macam dalam movie je permandangannya. Masjid-masjid besar yang sangat cantik, rumah-rumah stail Eropah dengan mcm2 warna, jalan-jalan sempit dan bertukal takil (faham ke perkataan ni? tak rata.), kira mcm tak pernah nampak kat negara sendirilah. Hari Kedua cuaca dah mula okay. Masa jalan tu ada sikit embun keluar kat dahi je.. takde le sampai macam baru mandi pagi. Pergi ke tempat-tempat bersejarah, sungguh menakjubkan sampai ternganga.
Makanan kat Istanbul ni takde rasa ler. Garam ada tapi takde perisa. Yang aku ni memang tak boleh nampak jagung, asal ada nak beli. Jagung kat sini dia tabur garam mcm sapu butter. Terjelir lidah makan, menyesal dua kali tapi esok hari beli lagi. Ada yang jual nasi kepal dalam kepah. Yang ini sedap tapi mahal la pulak. RM2 satu kepah. kalau nak kenyang, habis ler duit. Kita ada try sandwich ikan sardin bakar tepi pantai. RM8 satu.... sedap sungguh.. tapi takde apa pun dalam. Sebab ikan tu fresh ke atau kami yang dah kebulur. Kalau nak cerita pasal makan, teringat roti canai kira mcm nak nangis, rindu. Aku merinduimu.... Akhirnya buah nectarine yang memikat lidahku.
Sepanjang kat sini, puaslah juga berjalan dan meneguk teh Turki dalam gelas ramping (gelas Turki ni special, kalau ketuk kuat-kuat pun tak pecah. Siap ada demo yang agak menakutkan) Walaupun ramai pelancong, Istanbul masih ada isu-isu yang perlu ditangani seperti isu orang Islam yang baca bismillah sebelum meneguk Vodka. Tak tahulah bila lagi nak datang sini tapi alhamdullillah aku dah sampai Istanbul. Kau ada?
Tentang title blog entry hari ini... senang cakap Melayu je kat sini sebab kalau cakap English pun orang tak faham.
Tak lupa nak berterimakasih kepada tamy sbb dapat snap gambar-gambarku yang gorjes. MasyaAllah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment