Hari ini sudah masuk hari ke 6 berhari raya tetapi saya masih lagi dalam mood tak nak balik bertugas. Ambil cuti sampai hari Ahad dan lepas tu terus terbang ke Istanbul, Turkey, bukan pergi berjimba, saya pergi berkerja. Tahun ini saya rasa bersungguh-sungguh sikit menyediakan hidangan hari raya.Kalau nak makan rumah orang, memanglah boleh tetapi hati suami berharap ada persiapan di rumah sendiri. Nak ada bau kuih raya, nak ada bau rendang melekat kat langsir.
Kuih raya yang saya buat sendiri pun menjadi pujaan anak dan suami (memang pandai dia orang berdua ni mengambil hati saya ni). Saya hanya buat kuih-kuih default hari raya, kuih dahlia, tat nenas, semperit dengan sarang semut. Seronok tengok buah hati saya berdua mengunyah kuih raya malam-malam. Nasib baik anak bulan tak kelihatan awal kerana saya ambil cuti hari Khamis, jadi barulah nak ke pasar beli barang untuk buat rendang dan segala. Hidangan istimewa di hari raya kali ini ialah rendang daging, lontong, kuah kacang dan ketupat. Mungkin dengar mcm takde apa sangat tapi jenuh juga nak memasak seorang diri. Alhamdullillah everything turns out fine except kuah kacang yang terlebih masam. Masalah dengan saya ni.. saya tak suka rasa kacang dalam masakan so tak tahu macamana rasa kuah kacang sedap. Tapi takpe.. tak boleh putus asa.. tahun depan cuba lagi.
Tahun ni tak sangat pergi jalan-jalan rumah orang. Itulah kalau mak dah takde, semua orang buat hal masing-masing. Kalau dulu pagi-pagi lagi dah berkumpul rumah mak. Sedih tak dapat beraya dengan mak lagi but at the same time hati gembira tengok anak yang dah semakin membesar semakin faham pengertian raya. Harini pulang ke kuala lumpur dan ingat hati nak sambung raya lagi... :)
Apo la.. Tia bagik sket je kuih dahlia tuh..kedek! ces.. bile nak buat open haus? :P
ReplyDelete