Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan Al Mubarak

Sudah seminggu memasuki Ramadhan dan alhamdulillah puasa berjalan dengan lancar. It's such a peaceful Ramadhan for me this year. Haritu saya berkesempatan menonton YouTube by Joshua Evans yang menemui Islam apabila hatinya yakin bahawa AlQuran ialah kitab segala manusia. Sebelum ini saya ada membaca Al-Quran tetapi dalam bahasa Arabnya. Pernah mencuba untuk membaca terjemahan tetapi sekadar juzuk 3. Jadi bulan Ramadhan ini saya bertekad untuk membaca Al-Quran dalam bahasa yang saya fahami. Sekarang sudah menjangkau ke Juzuk 6. Alhamdulillah. Allah Maha Besar lagi Maha Pengampun dan Penyantun. Saya benar-benar merasakan setiap umat Islam harus memahami kandungan Al Quran untuk menjalankan kehidupan dengan lebih baik.Begitu banyak isu yang dikupas dan diterangkan dengan jelas melalui AlQuran. Allah itu amat memahami sifat hambaNya dan tidak putus-putus memaafkan. Apabila wujudnya ketakutan dalam diri manusia kepada penciptaNya, di situlah muncul ketaatan. Saya harap semuanya akan berterusan even after Ramadhan. 





Hati saya begitu sayu di bulan Ramadhan ini memikirkan ahli keluarga yang sudah tiada lagi. Semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. 

Hari raya ini saya inginkan semuanya sederhana. Alhamdulillah baju-baju raya sudah tersedia. Bertuah badan kerana suami sangat bertimbangrasa dan memahami. Tinggal kuih raya dan persiapan rumah yang lain. Tahun ini kami menyambut raya pertama di Melaka, kedua di Johor. Kerana suami perlu bersiaran, dia kena pulang ke KL cepat sikit daripada saya. Tapi saya teruja untuk menyambut raya bersama keluarga tercinta. 

Kalau ada masa, luangkan untuk menonton syarahan daripada saudara Joshua. It's amazing. Sedikit panjang tetapi menyakinkan. 

No comments:

Post a Comment