Tuesday, August 23, 2011

My Last Entry

Hi all, this is my last entry in meundertheradar. Shifting to http://www.anajoe.com Keep on following me. Thanks!!

Apabila Mata Gedik Tak Nak Lelap

Sekarang sudah pukul 12:35 pagi, buah hati dua orang sudah diulit mimpi tapi mata gedik ni masih belum mengantuk. Pukul 430 nanti dah nak bangun bersahur.. kalau tak nak tersenggut depan MacBook (ada unsur riak di situ), saya kena paksa mata ni lelap. Maybe lepas merapu sikit dalam blog ni, mata jadi kuyu sikit.

Mungkin saya ni ada rasa teruja sikit sebab baru je register domain baru yang akan diguna pakai very soon. www.anajoe.com. Gembira tak terkata sebab dapat guna nama timangan (manja tak?) untuk blog sendiri. Ingat nak import contents blog ni ke sana tapi fikir2 balik, okay juga kalau start fresh. Tengoklah macamana. Macam-macam dah fikir nak buat untuk blog baru ni. Kalau ada suggestion, silalah beritahu ye.

Sekarang ni sedang mencari tiga perkataan untuk describe myself. Apa kata kita buat contest? Siapa dapat bagi description tepat akan dapat tudung ekslusif dari iamjetfuel by Yuna. Cepat, hantarkan penyertaan anda.

Nak tulis blog ni kena rajin dan tulus. Kalau nak jadi pretentious atau berpura-pura, pembaca pun mesti dapat rasa. Dalam kepala tengah list down stories yang akan dimuatkan dalam blog baru saya tapi dengan kesibukan kerja dan sebagai, tak tahulah bila boleh siap project ni. Maybe saya pun boleh jual barang dalam blog, pieces yang akan saya beli dari London, Paris nanti atau apa-apa aksesori gorjes yang saya jumpa sewaktu membeli-belah. Apa kata? :)

Jam sudah pukul 12:51, saya harus paksa mata untuk lena. Selamat bersahur semua.. 6 more days to go! Good night

Jalan-Jalan Pergi Kuala Terengganu

Bulan Ramadhan kali ni kami sekeluarga busy betul. Tiap-tiap minggu ada je aktiviti yang dibuatnya. Minggu sebelumnya berjimba di Melaka untuk pekena ikan bakar, minggu lepas kami terbang ke Kuala Terengganu. Apa pasal pergi Terengganu? Alkisahnya, cik Abang pergi tempah tiket bulan November tahun lepas.. tetapi cik abang tak perasan bulan Ogos ialah bulan puasa. Dah alang-alang tempah, mestilah kami pergi! Kami terbang hari Jumaat malam dan sampai ke Kuala Terengganu dalam masa 50 min sahaja. Penempatan yang kami tempah boleh tahan menariknya. Ri-Yaz Heritage Marina Resorts & Spa di Pulau Duyong ni tempat mat saleh duduk kata pakcik teksi. Kalau tengok published rates memang terbeliak mata, tapi banyak internet deals yang boleh memberikan kita diskaun hebat, pandai-pandai cari ye. Sesampainya kami di airport, kami ambil teksi dengan tambang berharga RM25 dan pemandunya ada impian untuk membawa kereta di litar F1, Sepang. Kenapalah laju benar pokcik, ngeri saya!


Bilik kami di tingkat atas, Tia suka benar melepak di luar sambil bermain iPad. Relaxing kata dia. 
Interesting juga nak tahu macamana pihak hotel menyediakan makanan sahur. Rupanya, tiffin dihantar ke bilik tepat pada pukul 430 pagi.  Dengan alunan lagu-lagu retro dari Sinar FM, kami pun bersahur tanpa perlu membuka mata. Lauk-lauknya simple je tapi cukuplah..

Sedap le rendang daging tu.. daging lembut betul!
Hari esoknya, kami pun mulalah merancang nak membeli-belah. Nota tambahan: Kalau setakat bawa RM500.. takde dapat apa di sini. Destinasi utama: Pasar Payang. Teksi: RM20. Macam rusa masuk kampung kami bertiga sebab tak tahu peta Pasar Payang. Tingkat bawah jual bermacam barangan dapur, kuih muih dan keropok kerepek. Tingkat atas jual baju. Tentu sekali saya bergerak ke tingkat atas dengan laju sekali.
Ikan tamban paling sedap kata orang kedai tu. Belum goreng lagi so tak boleh nak confirm
Setibanya di tingkat atas, maka mata saya menjadi kabur kerana terlalu banyak pilihan kain. Nama macam-macam, sutera crape yang pelbagai, mahal murah, ada batu takde batu, lukis tangan lukis digital, lengkap semua ada. Yang penting.. duit kena banyak sebab harga tak murah. Memanglah boleh dapat murah berbanding di Kuala Lumpur tapi masih lagi berada di paras mahal. Batik sutera crape digital dijual dengan harga paling murah RM190. Harga yang ditampal di atas kain itu ialah RM450. Kalau tak pandai tawar menawar, minta maaf le. Kalau batik lukis paling murah RM250. Kalau nak yang lebih mahal tentulah ada. Cik abang membeli kain sampin satu. Di Kuala Lumpur saya tanya harganya mencecah RM1000, di Terengganu ni dapat potongan yang cukup baik. Kain batik basahan, kain pelikat, baju kaftan.. banyak benar pilihan. Banyak juga lah kira kami berbelanja di Pasar Payang ni tetapi kualitinya berbaloi.

Hanya Jauhari yang mengenal Manikam, saya hanya kenal sutera crape. Grade dan Jenis saya tak faham.
Masalahnya timbul apabila selesai bershopping. Nak cari teksi punyalah payah. Jalan pusing-pusing pun tak nampak kelibat teksi. Last-last tanya pakcik jaga parking Pasar Payang tu. Rupanya kena jalan sikit, baru boleh dapat. Kami lalu di depan Bazar Warisan yang dibina untuk membawa crowd dari Pasar Payang ke bangunan yang lebih baik. Nampaknya belum berjaya objektif tu ye. Saya perhatikan Bazar Warisan ni macam bangunan tak siap je. Banyak lagi perincian yang perlu diperhalusi, dan kelihatan material yang digunakan tidak begitu baik. Belum siap sepenuhnya dah nampak usang, dan sampah-sarap yang dibuang merata-rata tidak membantu menaikkan imej tempat ini. Waterfront pun begitu, kawasan disediakan tetapi sampah-sarap merata-rata. Di mana kesedaran rakyat tentang kebersihan, saya pun tidak tahu. Apalah yang susahnya nak buang sampah di tong sampah? Sampai ke hotel, kami berehat dan berbuka di hotel itu sahaja dengan harapan ada nasi kerabu dan nasi dagang. Abang tension sebab pergi Terengganu tak jumpa nasi dagang! 


Bangunan Pasar Warisan 
Keesokkan harinya kami menyewa kereta Alza dengan harga RM150. Ambil pukul 1100 - Pulang dalam pukul 830 malam. Dengan menggunakan Maps dalam iPad, dengan mudahnya kami cari jalan. Destinasi: Masjid Kristal dan Taman Tamadun. Masjid Kristal ni bagi saya nampak unik sekali tetapi sekali lagi bahan buatannya macam ada yang tak kena. Dari jauh nampak gah betul, dari dekat perasaan saya tidak begitu. Mungkin kerana saya cranky sebab panas terik. Lepas snap, snap, snap.. kami pun bertolak ke Taman Tamadun dan banner yang memberitahu Taman itu tutup sepanjang bulan puasa menanti kami. What a bummer!




Untuk bunuh masa, kami pun jalan-jalan sekitar bandar. Jumpa kedai keropok losong, berhenti beli 10 batang, sebatang RM1 je. Pergi Pasar Payang sekali lagi untuk membeli keropok and such. Saya cuba juga Google tapi takde tempat yang menarik sangat untuk dikunjungi. Setelah pusing-pusing di Pantai Batu Buruk dan takde tempat nak pergi, kami ambil bilik di tepi pantai sambil menunggu masa untuk berbuka. Berhampiran ada pasar malam, so apa lagi.. misi mencari nasi dagang dan nasi kerabu diteruskan. Abang jumpa Nasi Dagang sedap yang dijual orang seorang pakcik veteran, saya pun syok dengan Nasi Kerabu banyak lauk. Tia makan Nasi Goreng Pattaya tak pedas. Tapi yang paling saya suka ialah jeruk bawang putih sebagai ulam nasi kerabu. Delish! 
Lepas makan, kami bergegas ke airport untuk berlepas ke Kuala Lumpur. What an experience! Untuk kembali ke Terengganu, mungkin lama lagi kot. :)

Monday, August 8, 2011

Nostalgia Bulan Ramadhan

Diam tak diam (hehe.. cliche je pembuka cerita) dah seminggu kita berpuasa. Ting tong sikit kepala sebab hari-hari bangun pukul 430 pagi masak sahur, lepas tu tidur balik pukul 530, lepas tu bangun balik pukul 630 anak nak pergi sekolah, pastu tidur balik sekejap, then bangun lagi pukul 820 pergi kerja sampai pukul 5..... ting tong sampai petang. Tapi semuanya aku redha. Hari-hari masak sahur okay!!! Jangan ingat nak hidang semula makanan berbuka, tak mainlah macam tu...semua masak panas untuk sahur. Kau ade? Tia pun bersemangat bulan-bulan puasa ni, tak susah kejut untuk bersahur tapi setakat ni hanya lepas satu hari puasa penuh. Yang lain tu separuh hari atau sampai pukul 3 atau 4, yang mana dia berkenan le. Kecil lagi tak mau paksa2. Asalkan kita dapat buat dia teruja dengan puasa, kira kami dahlah capai objektif Ramadhan kali ini. 

Wa takde le pemalas sampai goreng telur je bersahur.. hehehe... 
Time-time bulan puasa ni terkenang cerita masa kecil-kecil dulu. Teruja tu memang le sebab bulan puasa, risau pun risau juga sebab banyak dugaan kalau berpuasa di kampung. Pergi sekolah jalan kaki hari-hari. Kalau balik sekolah tu matahari tegak atas kepala... then kena siap2 pergi sekolah agama pulak yang jaraknya lebih kurang 750 meter dari rumah, Puasa bang... penat. Dah tu, setiap kali bulan puasa, mestilah lepas tu raya kan? Arwah mak memang suka nak tukar cat rumah sempena menjelang Aidilfitri jadi kami le tukang mengecat rumah. Umur dalam 9-10 tahun.... dah lah berpuasa, lagi nak kena cat rumah, haru betul. Kadang2 bila dah tak tahan tu ada juga teguk air paip dari dalam bilik air. Mengelat? Penat lah!!! Mana tahan.. tahu tak rumah Melayu limas berapa besar... pengsan nak cat semua! Arwah bukan guna positif reinforcement ke apa ke.... kalau kata.. lepas cat rumah dapat RM5 sehari best juga. Haha! Rindu arwah mak... masa-masa macam dia yang excited nak siapkan barang-barang untuk raya.

Bila dah nak raya tu.. kakak-kakak aku mula la buat kuih mcm ada pertandingan Kuih Terbanyak di Kampung Paya Rumput. 10 jenis kira mcm takde effort laaaa, kira mcm keluarga jenis malas la senang cakap. kurang-kurang 15 jenis yo! Dari subuh ke petang bawa ke malam, asyiklah buat kuih, lepas tu susun kuih atas para. Kira mcm paling awesome tengok kuih beraneka jenis dalam balang jernih. Kuih yang sering tersenarai dan tidak dianaktirikan termasuklah Kuih Tat Nenas, Kuih Siput, Kuih Dahlia, Kuih Goyang atau juga dikenali dengan Kuih Ros, Kuih Semprit, Kuih Makmur, Kuih Gunting, Kuih Kapet dan sebagainya. Buat kuih ni bukan sikit2.. kira dalam skala sekilo dua juga la. Dan yang bestnya.. semua kuih itu akan habis dimakan. Siapa le tukang makan eh? :)

Kuih paling senang nak buat jadi sedap
Puasa di kampung lain dengan puasa di bandar. Mana ada pasar ramadhan nak pergi cari makanan, kalau ada pun takkan nak belanja hari2. Formula arwah mak, kalau buat sendiri lagi muai dan sedap. A very good formula untuk orang berkeluarga besar. Jadi bila tiba nak berbuka tu penuhlah atas meja dengan mcm2 juadah. Yang best, air mesti ada dua jenis.. yang sejuk dan yang panas. Kuih pun boleh tahan juga, semua buat sendiri. Orang bandar banyak mengelat. Semua beli. Puasa pun banyak mengelat, duduk atas kerusi empuk sepanjang hari di tiup angin aircond sepoi2 bahasa. Haha... termasuklah yang empunya diri. 

Sekarang ni teruja tengok Tia dah cuba-cuba nak puasa dan dah mula excited bila nak raya. Now, it's all about her. Lagi 3 minggu nak Aidilfitri... nak buat kuih apa eh? Sajes la sikit!

Tuesday, August 2, 2011

Who Needs A Diaper Cake??

Well.... apparently people who organize baby showers! I've never heard of a diaper cake until yesterday when my niece informed me so. In my mind, I was like, do people eat diaper cake? Didn't want to sound ignorant, I refused to ask her what the hell is a diaper cake. And then I consulted Mr Google who told me that there's no eating involved in diaper cake. Phew! I had imagined sinking my teeth in a piece a cake that looks like a diaper with lemon filling. Don't panic.. this cake has nothing to do with flour, icing, etc. If it has, for God's sake, I don't mind being forgotten.   

But this cake is special and unique. It is to give expecting mothers on their baby shower parteeey!!! Don't expect any Candy Shop song by 50 cent in this gig, no lollipops...more of lullabies perhaps. 

Okay....to make this cake, all you need are diapers and baby stuff, sprinkle it with imagination... and voila! Haha!! As if I have ever made one. For my other niece who is expecting a baby daughter, I want to make one for her.  Something like the one in this photo! If it didn't turn out to be this one... DO NOT JUDGE ME FOR I'M JUST A HUMAN YANG TIDAK SEMPURNA!
.
.
.




Gorgeous yo!